Tuesday, December 30, 2008

Keputusan PMR Mardhiah

Aku di lahirkan sebegini. Bila anak nak periksa atau nak ambil keputusannya, akulah yg paling gabra sekali. Tak tentu arah dan hala hati ini. Begitulah yg terjadi ketika anakku ke Sekolah Agama Menengah Salak Tinggi mengambil keputusannya. Segala-galanya terjawab...abah akan kotakan janji iaitu... akan bersama menunaikan fardhu haji atau paling tidak pun pergi menunaikan umrah.Mardhiah di antara 10 pelajar yg mendapat 9A. Kau jadi penyuluh dan pelita kami...dan akan jadi pendorong lagi contoh kepada adik-adik yang lain. Sudah di janjikan hadiah sebuah talipon bimbit jua di perolehi. Terima Kasih kpd semua guru SAMBBST yang terlibat, Ummi/Abah akan sentiasa mendoakan kejayaanmu di dunia dan akhirat. Mardhiah ..,kau anak kebanggaan kami.

2 comments:

Azemi Ali said...

Tahniah Tn Haji atas kejayaan Mardhiah. Semoga menjadi anak yang solehah.Amin.
Satu keputusan yang baik di tahun baru. Salam Maal Hijrah.

WE UNDERSTAND,WE CARE said...

Thanks Tn, Ini semua gabungan kerjasama guru2nya, tn punya diri, kami berdua yg sentiasa mendoakannya... mengikut perancangan Allah jua. Moga ia terpilih ke Sek. Bestari MAIS..Aaminn.