Monday, January 5, 2009

Hari Tasua dan Asyura 1430H dtg lagii...(7hb dan 8hb Jan 2009)

Alhamdulilah setiap th 2 tarikh ini mmg tak akan kami sekeluarga lupakan. InsyaAllah berkat pengajaran dari Tn guru, kami akan berposa pd tarikh ini. Banyak kelebihannya. Seingat aku...hadis riwayat Muslim bermaksud: Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya tentang puasa hari ‘Asyura : “Ia dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu.” Kita sebagai hambaNYA buat je amal dengan IKHLAS terserahlah padaNYA akan memberi ganjaran setimpal dgn amalan tersebut. Bila di ingat berkenaan tarikh 10 Muharram ini, tarikh Hari Kiamat juga akan berlaku pd tarikh ini bertepatan pula hari Jumaat. Cuma tarikhnya shj dalam pengetahuan Allah.Lelain memori berkaitan dgn tarikh ini yg masih aku ingat sampai bila2..
*Penciptaan Nabi Adam AS.
*Bahtera Nabi Nuh Tersadai di atas Bukit Al-Judi.
*Allah SWT menyelamatkan Nabi Ibrahim AS daripada api yang membakarnya.
*Allah SWT melepaskan Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS daripada Firaun dan Haman.
*Allah SWT membelah laut untuk nabi musa dan menenggelamkan Firaun beserta bala tenteranya.
*Allah SWT mengeluarkan Nabi Yunus AS daripada perut ikan nun setelah sekian lama ditelan ikan tersebut.
*Allah SWT mengeluarkan Nabi Yusof AS daripada telaga yang dalam.
*Allah SWT mengembalikan penglihatan Nabi Ya’qub AS.
*Allah SWT menganugerahkan kerajaan kepada Nabi Sulaiman AS.
*Allah SWT menyembuhkan penyakit yang dihadapi oleh Nabi Ayub AS.
*Allah SWT mengangkat Nabi Idris AS dan Nabi Isa AS ke langit.

Selain dari peristiwa di atas pd tarikh ini aku akan berbelanja lebih utk keluarga, bercelak, memberi kpd sesiapa yg meminta..cuma mengusap kepala anak yatim yg belum dapat aku lakukan setiap tahun.Moga usaha ini di berkati, di rahmati dan di ridhai Allah jua.

2 comments:

Azemi Ali said...

Salam Th Haji,
Terima kasih kerana berkongsi ilmu yang berguna. Inilah kali pertama saya mendengar tentang hari Tasua. Apakah kelebihannya?

WE UNDERSTAND,WE CARE said...

Tn Yg Di Kasihi,
Hari Tasua di sunnatkan posa kerana sirah Nabi sedemikian..bagi membezakan dgn kaum Yahudi yg hanya berposa pd hari tersebut.Kita juga boleh ambil 11 Muharram atau ambil 9,10,11 Muharram.Moga Allah terima amalan kita ini... bagi memudahkan kita terpilih di klgan umatnya yg di permudahkan utk masuk syurganya.