Tuesday, January 13, 2009

Sambutan Maal Hijrah 1430H

Alhamdulilah, tahun ini aku dapat bersama isteri,anak2 dan jemaah lain menyambut sambutan Maal Hijrah di Taman. Sejak perubahan 'bendera',penceramah yang di jemput benar-benar dapat membuka minda. Kali ini..siapa yang tak kenal Ustaz Dr. Badrul Amin. Uztad yang pernah di tahan di bawah ISA. Mengapa ianya berlaku.? Katanya: Inilah konsep sebenarnya HIJRAH..berubah dari satu keadaan, masa, tempat dan setiap masa. Lihatlah mata, rambut, gigi semuanya berhijrah...dan HIJRAH terakhir apabila di panggil Izrail menemui YG MAHA PENCIPTA. Satu amanatnya yg memilu dan menusuk kalbu ini ialah tentang konsep "Sebab Nila setitik rosak susu sebelanga" dan hal-hal nilai baik dan jahat. 10 kebaikan insan tercalar dengan sebab 1 kejahatan yg di lakukan.Mengapa insan selalu memikir/menilai semacam itu katanya?. Nilai baik mesti di ajar..nilai jahat siapa tak kenal mentornya. SYAITAN laknatullah. Nilai baik ialah amal makruf..mungkar magnetnya nilai jahat. Takbir! AllahuAkbar. Aku yakin majlis ini diberkati Allah kerana tap tap tup ..masa dah 9.20pm. Masa berlalu begitu pantas. Selepas solat Isyak berjemaah lebih 500 jemaah yg hadir berdoa agar Uztad akan datang lagi

2 comments:

Sarah Samah said...

Salam Tuan Haji.
Lain kali ustaz badrul amin dtg beritahu ler kami blh kami join dengar.

WE UNDERSTAND,WE CARE said...

Assalamu'alaikum,

OK-Roger and Out, ah ah yek..skang dah legaaa!!??.. Tabik Cikgu.!!Moga tugas yg di jinjing membawa berkat kpd semua, diri dan keluarga.