Saturday, December 27, 2008
3H 2M di Melaka
Sesampai di Mahkota Apartment lebihkurang jam 2.40pm anak2ku spt 'kepanasan' terus menuju ke kolam renang.. Bagai dah tak tertahan lagi....Mardhiah di tugaskan sbg 'lifeguard' tak bergaji. Syukur Alhamdulilah...selepas hampir sejam di kolam masing-masing kelaparan kerana belum makan tengahari. Kebiasaan..Mem dah siapkan makan dari rumah. Hari 24/12 - , mlmnya kami sekeluarga keluar 'meronda' Bandar Melaka'...hampir 12.30 mlm baru balik...suasana' jam' di mana-mana. Biasanya kami akan menjamu selera di bbp tempat yg dah lama kami tak kunjungi. Perhentian tu di Semabok. Dalam satu setesen ini ada Roti John, Satay, Roti Canai Asam Pedas..dan makanan sejenis rasa. Hari 25/12, paginya kami ke 'area' Bukit Cina... di sinilah terdptnya mknan yg cukup istimewa buat sarapan pagi. Ada Mee Rebus, Mee Sup, Ya Allah..!! rojak Melaka 'di temani' dengan air mata kucing. Cukup enak. Selepas berjalan seharian di Bandar Melaka sebelum Maghrib kami sudah berada di Apartment. Malam Jumaat mmg sudah jadi routine kami akan berjemaah bersama di samping membaca Yaasin....Esoknya kami semua ke rumah K.Ipar kerana majlis pertunangan anaknya.. Melaka mmg bersejarah buat kami sekeluarga....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment