Monday, December 22, 2008

Masa Lapang Bersama Keluarga.

Alhamdulilah dgn keizinanNYA kami semua selamat pi dan balik setelah bercuti di Damai Laut, Swiss Garden Resort. Waduh!!inilah kewujudan keindahan ciptaan dan betapa Maha BESARNYA keagungan Allah. Terlihatlah kpd kami kejadian 'paya bakau', 'teluk', laut','bukit', 'monyet', 'herba', 'pokok', 'tasek', 'padang golf' dll. Semuanya pernyataan gambaran alam ini benarlah ada yg 'menjadikan'...akan kuatlah lagi tauhid ini. Moga perjalanan kami semuanya dalam ridha Allah. Di kesempatan masa bercuti bersama anak ini dapatlah kembali melawat Sri Manjung-pernah dtg ketika tugas mengaudit cwgan BIMB 10 tahun lepas. Masjidnya kini dalam renovasi dan kami amat bersyukur kerana dapat bersolat jamak/Qasar di sebuah setesen Petronas di pekan ini. Pekan Lumut yang tidak jauh dari Sri Manjung 'menghadiahkan' kedatangan kami dengan ikan bilis, udang kering, satay ikan dan pakaian yg 'bertandakan' Pulau Pangkor. Bbp minit sebelum kami meninggalkan SGR aku di pertemukan dgn Tn Haji Kusni, sahabat karib dan juga Pengurus BIMB Tjg Karang. Syabas dan Tahniah Tn Haji kerana berjaya menganjurkan Hari Keluarga di resort ini.

No comments: