Saturday, January 10, 2009
Nasihat
Selepas solat Maghrib tadi, hati ini terasa benar nak bercakap hal2 kebaikan untuk panduan anak2ku. Mardhiah akan kembali ke asrama pd 12/1 ini. Ahmad Radhi bersama keluarga hanya pd hari Ahad shj. Itupun dipaksanya balik dari KUIS. Hamidah pula bakal melanjutkan pljran ke IPTA atau ke Maktab Perguruan selewat2nya bulan Mei tahun ini. Hampir 40 minit aku bercakap...hal aku sentuh bak kisah'flashback' ketika AYAHANDA OTHMAN menasihati kami adik beradik di suatu 25 tahun dulu..Memang ingat..dan akan terus ingat kata2 bapaku.. HORMATILAH IBUBAPA....termasuk orang yang lebih tua darimu. Doakan kami..mohon kasih dari kami agar beroleh rahmat dan berkat dari Allah jua. SAYANGILAH diri sama seperti mengasihi orang lain. Sentiasa berdoa untuk kebaikan kerana kebaikan membawa amal soleh. Amal soleh membawa pahala utk memudahkan ke syurga. Jauhi larangannya kerana menegah dosa dan mengelak api neraka. Selalulah berzikir dengan menyebut Lailahaillah, Astagfirullah,Subhanallah, Alhamdulilah, AllahuAkbar, Ya Latif dan Ya Hafiz.DAN...biasakan lidah berselawat kpd Nabi Muhammad s.a.w. Moga hidup dlm pemeliaharaan, pemerhatian, kasih dan sayang lagi rahmat dari Allah jua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment