Wednesday, January 28, 2009

Hospital Kajang V Hospital Mersing

Sejak di kampong lagi Harith dan Aiman mmg tak kisah. Main asap api, berlari, masuk dan keluar kebun. Petang 25/1/2009 Harith 'tercunggap'kerana lelah. Aku bergegas ke Hospital Mersing kerana urusan biasa pesakit Asthma. Pelik dan ajaib kaunter pendaftaran Hospital Mersing kerana tiada siapa sejak kami hadir hinggalah kami balik. Beberapa pesakit yang datang balik kerana tiada layanan sewajarnya. Mungkin kakitangannya bercuti TBC agaknya. Oleh kerana anakku pesakit asthma, ia di anggap kritikal dan mendapat laluan mudah bak karpet merah. Se telah hampir 30 minit Harith yang jarang-jarang di serang lelah telah pulih seperti sediakala.
Selepas subuh 27/1, lebihkurang jam 6.30am aku ke Hospital Kajang atas urusan yg sama. Tapi kali ini Aiman pula. Ceritanya berlainan pula. Sesampai di kaunter pendaftaran, jururawat bertugas dengan nada 'memberontak' meminta surat beranak. Agaknya 'dia' belum minum pagi lagi. Kami layan aje kerana surat beranak Aiman tertinggal dlm kereta. Selepas perekodan dibuat, kami di arahkan macam robot di suruh duduk dulu sebelum di beri rawatan. Aiman tercunggap-cunggap. Beginilah perkhidmatan bagi mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan. Hampir 2 jam kami di Hospital Kajang .Aku memang serik, pilu dan sedih.. dan berkata dalam hati inilah kali pertama dan terakhirnya aku ke Hospital Kajang......

No comments: