Saturday, January 31, 2009

Kenangan 3H 2M di Kampung

Saat berjumpa dengan adik-beradik mmg seronok, ceria lagi mengembirakan. Yelah!!!, kalau tak cuti panjang mana nak jumpa. Kali ini, nampaknya aku seorang je balik menemui ayahanda tercinta. Takpe...Yg penting suatu hari nanti, biar anak2ku termaklum mengapa perlu balik berjumpa dengan kaum kerabat serta saudara-mara mereka. Seperti biasa selepas berjumpa dengan ayahanda di Endau, kami menziarahi pusara bondaku dan menjenguk emak-emak saudara sebelah ayah. Terukir satu kepuasan pada diriku kerana sesungguhnya kepulangan kali ini mmg tidak sia-sia. Hubungan silaturrahim dapat dipereratkan. Mmg tak di sangka2, adikku Halina pun tiba-tiba muncul dengan MPV Carnivalnya. Semua anak buahku balik, Dalila di UUM, Yazid di UiTM Perak kelihatan 'lain' setelah menjejak menara gading setahun lepas. Seketika, Ngah Yusof dengan CRV barunya juga muncul. Inilah ketentuan Allah. Mmg tidak di rancang samasekali akan bertemu. Cuma Along je takada. Along Daud ketika ini berada di Penang bersama isterinya. Kak Siti- SELAMAT TAHUN BARU CINA- GONG XI FA CHAI. Moga tahun mendatang ini lebih bersejarah.. penuh bermakna, sihat, ceria di samping suami tercinta membawa kenangan manis dan tercapai impian diri serta keluarga. Nanti kita pi Umrah bersama...Aaminnn.

No comments: