Monday, February 23, 2009

BERITA

2/2/2009 telah berlalu. Sejak PKR memerintah N. Selangor banyak perubahan yg berlaku. Tahun ini perlantikan J/K Masjid di buat secara berperingkat dengan di mulai dengan pendaftaran ahli anak kariah dan seterusnya pencalonannya. Sejak 1994 sehingga 2001 dan di sambung semula selepas balik dari Dungun dan terakhir sehingga 2006 aku ialah Imam 2 di Masjid Manbaeil Uloom, kariahku. Selain dari itu banyak jwtan yg aku pegang termasuk Pengerusi Biro Ekonomi (1995-2001) sehingga tertubuhnya Koperasi Masjid Manbaeil Uloom. Jalinan j/k terbaik kariah jua sehingga tertubuhnya Taski Majmul (1995-1998).
Kini semuanya jadi kenangan shj. Aku kini lebih bersedia untuk bersama dengan ahli keluarga di rumah. Lepas Magrib-mengajar anak mengaji dan selepas isya' 'tuition' utk anak yg bersekolah. Teringat di suatu masa dulu.....kami bermesyuarat sehingga larut mlm.Ya Allah..ENGKAU terimalah semua usahaku utk membangunkan masyarakat di kariah ini.
Tadi aku terima berita dari bakal Nazir masjid, Tn Haji Azman, bekas Ketua Pemuda PAS Cheras Jaya. Katanya semua AJK Masjid yg gedebeh tidak dpt pencalonan utk di kekalkan ke jwtannya..termasuklah..Haji pun tahu..!!!! katanya. Kenapa tak dtg pd 2/2/2009 semasa pencalonan tu katanya..Aku tersenyum je, sambil menyatakan..Moga Allah melantik J/k baru yg 'ahli' dan ikhlas kpdNYA.

No comments: