Sunday, February 22, 2009

Doa

Kini dah 6 bulan sebagai Mr. MAMA. Jawatan ini mmg mencabar dan tercabar. Seronok bersama anak-anak di rumah. Sejak mula bekerja sentiasa je terpisah dengan isteri dan anak2. Mulai ketika menjawat jwtan pertama di BIMB, isteri di Melaka kerana bertugas sebagai Guru sandaran. Kemudian bersama kembali setelah di anugerahkan Allah zuriat. Berpisah lagi setelah isteri menyambung pengajian ke Maktab Perguruan Islam selama 3 tahun. Bersama balik untuk seketika tetapi sekadar 10 hari dalam masa sebulan. Ketika ini aku sebagai Juruaudit BIMB selama 10 tahun. Tugas semakin mencabar setelah di beri kepercayaan untuk menjalankan tugas penyiasatan keatas kes-kes dalaman BIMB. Kemudian terpisah lebih kurang 9 bulan kerana bertugas di BIMB Dungun dan terakhirnya ...ketika di BIMB Sg Besar.
Harapanku kini: Ya Allah Yg Maha Mengetahui Segala-galanya..Perkenankanlah Doa Hambamu ini.
Barulah aku terfikir dan memikir sejarah hidup ini sebagai satu kitaran hayat yg akan sentiasa berulang. Berkatkanlah hidup kami sekeluarga dan sahabat serta taulan yg mengenali diri ini. aaminn.

No comments: