Monday, February 16, 2009

ILMU

Bila dah 'berehat' dari bekerja ini terasa pulak betapa sia-sianya ilmu perbankan islam aku selama 24 tahun lepas. Kini aku dah mula memohon utk bekerja semula bagi menyambung dan meninggikan martabat syariah muamalah Islam di bumi Allah ini. Mana nak aku curahkan ilmu ini?. Tahun 1978, 2 periksa aku lulus, Sijil Darjah Khas/4 Thanawi bagi pelajar2 sekolah kerajaan Johor dan MCE. Hati teringin nak jadi Uztad je, permohonan ke UPU di tolak . Selama 2 tahun aku di tingkatan 6 di 'English College', Johor Bahru, sekarang di panggil Maktab Sultan Abu Bakar. Mana agaknya ilmu nak aku luahkan ketika itu.?. Gabungan ilmu2 dunia dan akhirat ini amat berguna. Ilmu mendapatkan akhirat terlebih utama. Carilah ilmu Tauhid, ilmu Fekah, ilmu Sirah, Ilmu Tajwid, ilmu Tasa'uf.. selagi usia masih ada...kerana inilah bekalan sebenar sebagai seorang suami, bapa dan 'datuk' kelak. Satu ilmu yg masih kekal hingga ke akhir hayat ialah ilmu berzanji..teringat Ab'tadi'ul...Wa'ba'du..

4 comments:

Azemi Ali said...

Salam Tn. Haji,

Pada pandangan saya tn. haji patut share ilmu-ilmu tu dengan mengajar. Boleh jadi trainer di bidang perbankan dan juga ilmu-ilmu akhirat. ba ilmu-ilmu akhirat tu saya pun sudi jadi anak murid. hehe.
Kawan saya yang berhenti kerja dan jadi trainer sudah cukup berjaya sekarang walaupun belum setahun full time. Income beliau dalam anggaran saya dah RM20K - RM30k per month. Selain itu dia juga menyelitkan aspek akhirat dalam training beliau. Kuliah subuh pun beliau ada bagi.
Lagi satu curahkan segala ilmu tu ke atas kertas agar ia menjadi buku dan dapat dimanfaatkan generasi akan datang. Suatu pelaburan dunia dan akhirat. Kerana ilmu yang berguna yang diajarkan kepada orang lain akan berterusan pahala bagi mereka yang mengajar sehingga hari kiamat.
Mulakan langkah pertama hari ini...hehehe.

WE UNDERSTAND,WE CARE said...

Wa'alaikumussalam,

Saya masih belum dapat green light yg sebenarnya dari YG Maha ESA. Halatuju kini bercampur baur- tanam bunga, tanam sayur, pelihara dan jual anak ikan dll.Darah daging mmg anak guru. Nak jadi trainer, tapi nak mula dari mana?. Kalau dapat 'join' sahabat Tn tu OK jugak..kenalkanlah saya kpdnya.
Saya akan rujuk dgn Allah jua, moga tidak jauh dari simpang sebenarnya.

Azemi Ali said...

Salam Tn. Haji,

Saya boleh kenalkan kepada sahabat saya ini. InsyaAllah. Sebagai permulaan bolehlah lawati www.shamsuddinkadir.com tapi saya perasan web dia tadi ada masalah teknikal sikit tak boleh masuk. Kawan saya ni membina profile dengan menulis buku, kemudian masuk radio dan tv dengan networking yang betul, fokus dan kerja keras. Sekarang sudah agak establish dan sedang berkembang. Secara peribadi saya tengok mmg tn haji byk banyak ilmu, berbakat, seimbang dunia dan akhirat. Cuma kena berusaha sikit dan berada pada masa dan tempat yang betul je.

WE UNDERSTAND,WE CARE said...

Tuan Yg Di Kasihi,

Saya sudah mengenali sahabat tn ini sejak beliau 'masuk' TV dlm rancangan Motivasi pagi...pasal nak rancang perbljaan...satu misi utama dlm hidup ini katanya ialah jgn guna Kad Kredit. Secara 'direct' mmg tak kenal, kecuali diperkenalkan. Terbaca pulak saya satu ungkapan : "seorang itu hebat jika sahabat, kekawan, rakan taulannya juga di klgan mereka2 yg juga hebat." Saya menulis ini pun kerana jasa Tn, dan saya akan menunggu dgn 'tapak tgn terbuka'-bila2 utk Tn perkenalkan saya padanya. Moga kita akan juga hebat sptnya. Ilmu Tn akan di beri ganjaran sebaiknya dari Allah jua.