Thursday, March 26, 2009

Anak dan tuition

Alhamdulilah anugerah anak oleh Allah kpd setiap ibubapa ibarat menerima intan dan berlian. Malah adakalanya lebih dari itu. Bagi diriku Allah sudah sedia 'jadikan' setiap anak itu 'jalannya' Ada yang 'A' , ada yang B malah ada yang 'C'. Ibubapalah yang sepatutnya mengetahui kelas dan kriteria mana anaknya itu. Kalau dah 'A'- asah sekit je, tapi kalau dah 'D' usaha berterusan perlu di tekankan. Cara hidup kita ini mmg jauh berbeza jika di bandingkan zaman ayah dan datuk kita dulukala. Mana ada kelas 'tuition'. Pandai kaulah nak berjaya bagaimana.!!!Maka para ibubapa sangguplah berkorban RM tidak kira- bagi menghantar anak-anak ke kelas tuition. Mari sama-sama kita fikirkan. Apalah sangat dengan keputusan UPSR, PMR tu..semuanya tak kemana?. Apa yang penting!! ..pengalaman aku sebagai seorang abah, bapa, papa, walid- minat dan keinginan anak untuk terus belajar. Abahlah yg perlu menanamkan motif dan objektif mengapa perlu mencari ilmu. Jika masa kecil, waduh bukan main semangat nak belajar- bila naik tingkatan- semangat dah longlai, lemah,pudar, kurang semangat kerana? - Apalah agaknya? Ia bukan salah takdir, salah asuhan, tapi sifat 'budak' tu yg mula malas, pergaulan bebas dan hilang halatuju mengapa harus 'aku' belajar. Mari sama2 kita fikir-fikirkan.

No comments: