Monday, January 19, 2009

Balik Kampung.

Tahun Baru Cina kunjung tiba. Semua anak2ku dah terluah rasa gembira akan balik kampung kerana bercuti.Cerita nak balik kampung telah di wawarkan kepada semua anak2ku. Ayahandaku insan yang paling gembira!! dapat berjumpa dengan cucu2nya. Kalaulah nenek mereka masih ada.Bertambah lagi ceria, harmoni lagi selesa kami sekeluarga. Kali ini masing2 ada tugas. Dusun buah kena 'di peliahara'. Balik Hariraya Haji lepas tak boleh buat apa-apa. Keadaan dusun yang semak-samun memang perlu di bersihkan. Sudah kebiasaan bila balik kampung kubur bondaku Almarhum Hajjah Ramlah dan anakku Safiah Aliah pasti kami kunjung. Moga Allah cucuri rahmat ke atas rohmu berdua. Aaminn.

No comments: