Thursday, January 22, 2009
Public Bank Berhad, Taman Indah, Balakong.
Pagi tadi jam 11.05am, 22/1/09,spjg riwayat hidup ini kali pertama aku masuk Public Bank. Ianya terletak di Tmn Indah, kira-kira 3km dari rumahku. OOOOHh.... sungguh 'menyakitkan'. Siapa kata mereka mempunyai mutu perkhidmatan terbaik. Ianya indah khabar dari rupa. Tujuan kehadiran yang tak di jemput ini kerana utk membuka Akaun Simpanan bagi memudahkan wang pelaburan di kreditkan ke dalam Akaun. Dahlah menunggu hampir 20 minit utk buka Akaun, Cik Salawati (CSR) meminta surat beranak apabila cip kad pengenalanku tak dapat di baca. Bukti lain, lesen memandu JPJ, Kad Amanah Raya, Kad Kredit semuanya di tolak. Pelik sungguh KYC Bank ini!!!!??? Aku mohon utk bercakap dgn BM atau ABM. Mr Chen ABMnya tidak menyatakan apa signifikannya sijil lahir itu di perlukan. Katanya ini prosidur.. Aku terpaksa balik kerumah mendapatkan dokumen yg dikehendaki. Adakah ini dikatakan perkhidmatan berkualiti dan terbaik atau 'berhati-hati' di atas pembukaan Akaun palsu. TIDAK!!. Sebagai bekas seorang 'banker' tindakan sedemikian lebih kpd cara individu menyelesaikan masalah. Akaun boleh di tutup jika pelanggan gagal utk membuktikan beliau seorang residen yg sah dan seorang warganegara setelah di beri tempohmasa yg cukup utk membuktikan dirinya. Kini aku 110% sedar, kematangan. pengalaman, pengetahuan dan kebijaksanaan amat di perlukan bagi seseorang untuk menyelesaikan masalah pelanggan. Semuanya telah aku lalui 24 tahun lepas. Masih sayangkan Bank Islam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment