Tuesday, January 27, 2009
Memori Perjalanan di Tahun Baru Cina
Alhamdulilah, sebagaimana di rancang perjalanan balik lancar walaupun mencecah 5.5jam. Kali ini aku memilih utk melalui Highway LEKAS ke Mantin dgn bayaran RM2.80..laluan dari Nilai ke Mantin di beri percuma. Bila musim perayaan kesesakan lalulintas mmg tidak dapat dielakkan. Kira-kira 4km selepas keluar dari persimpangan Mantin sudah nampak deretan kereta bersusun menuju ke Seremban. Kami 'tersadai' hampir 50 minit dan akhirnya berjaya melalui 'exit' Senawang menuju ke 'exit' Ayer Hitam.Tiba di tol Ayer Hitam, scenario sama setiap hari perayaan.'Sesak tak bernafas'. Apa yang PLUS buat utk memperbaiki imegnya?!! Tapi aku amat berpuashati dengan jurutol pompuan laluanku, namanya dah lupa pulak. Memang cekap kalau di bandingkan dengan kekawannya yg bersebelahan. Sempat aku pujinya. Moga Allah memberkati usaha Cik , demikian kata-kata motivasiku. Waktu Zohor kami berjemaah di sebuah Masjid di tepi jalan menuju ke Kluang. Anak2 sudah faham benar soal solat Jamak dan Qasar. Dari Kluang ke Mersing melalui Felda Nitar mengambil masa 1 jam 20 minit. Ketika itu jam tepat pukul 4.35pm. Kampong Sawah Dato' tempat aku di lahirkan terletak 4km dari bandar Mersing. Kenangan sudah mulai bermula...!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment